Untuk pasukan IT, HR & pematuhan
Keselamatan & Privasi
Ringkasan untuk pasukan IT, HR dan pegawai pematuhan: bagaimana data syarikat dan staf anda dilindungi dalam Myooo.
Sambungan disulitkan
Semua halaman dan panel admin melalui HTTPS. Kuki sesi hanya dihantar melalui sambungan selamat.
Pengesahan dua langkah (2FA)
Owner dan Admin boleh mengaktifkan 2FA dengan Google atau Microsoft Authenticator, berserta kod pemulihan.
Data diasingkan
Setiap syarikat hanya boleh melihat staf, kad dan statistik syarikatnya sendiri.
Backup harian
Pangkalan data dan foto staf dibackup setiap hari dan disimpan 14 hari.
Akses & akaun
- Kata laluan disimpan dalam bentuk hash (bcrypt) — tiada sesiapa, termasuk kami, boleh membacanya.
- Kata laluan minimum 8 aksara dengan huruf dan nombor; cubaan log masuk dihadkan untuk menyekat serangan teka kata laluan.
- E-mel setiap pengguna mesti disahkan sebelum boleh menggunakan panel.
- Peranan Owner dan Admin; ahli baharu hanya boleh masuk melalui jemputan e-mel.
- Maklumat rasmi staf (nama, jawatan, jabatan, e-mel) dikawal oleh syarikat.
Kawalan kad & staf
- Setiap kad NFC/QR mempunyai token tersendiri. Kad hilang dibatalkan serta-merta tanpa menjejaskan profil staf.
- Staf yang berhenti dinyahaktifkan — profil awam tidak lagi dipaparkan, manakala sejarah kekal untuk audit.
- Tindakan penting (tambah staf, eksport data, perubahan kad, 2FA) direkod dalam log audit.
- Data staf boleh dieksport ke CSV pada bila-bila masa — data anda tidak terkunci dalam sistem kami.
Privasi & PDPA 2010
- Syarikat anda ialah pengguna data; Myooo memproses data staf bagi pihak syarikat, hanya untuk memaparkan kad perniagaan digital.
- Hanya maklumat perniagaan yang dipilih oleh syarikat dipaparkan pada profil awam. Nombor telefon bimbit boleh disembunyikan.
- Statistik (paparan, tap, simpan kenalan) tidak menyimpan alamat IP atau identiti orang yang membuka profil.
- Profil awam tidak diindeks oleh enjin carian.
- Borang "Kongsi kenalan anda" hanya dihantar dengan tanda persetujuan pelawat, terus kepada staf berkenaan, dan boleh dimatikan oleh syarikat.
- Data syarikat boleh dipadam sepenuhnya atas permintaan bertulis selepas langganan tamat.
Perlukan maklumat untuk penilaian vendor?
Kami sedia menjawab soalan keselamatan daripada pasukan IT anda.