Satu tap. Seluruh syarikat tampil profesional.
Kad perniagaan NFC & QR untuk setiap staf, diurus HR dari satu panel. Tiada cetak semula, kad hilang dimatikan dalam saat, dan setiap kenalan baharu terus jadi lead.
- Data setiap syarikat diasingkan
- Pengesahan 2 langkah
- Sandaran data harian
- Tanpa aplikasi, iPhone & Android
Kad kertas menyusahkan HR lebih daripada yang disangka.
Kad kertas
- Cetak semula setiap kali jawatan atau nombor berubah
- Staf berhenti, kad lama masih beredar dengan nombor peribadi
- Klien taip nombor secara manual — atau terus lupa
- Tiada data siapa yang benar-benar diedarkan kad
Tapkad
- Kemas kini dalam panel, semua kad terus tepat
- Nyahaktif staf — kad lama dibawa ke laman syarikat
- Satu tap, kenalan tersimpan di telefon klien
- Statistik tap, simpanan kenalan dan lead bagi setiap staf
Sedia untuk seluruh syarikat dalam satu petang.
Import senarai staf
Muat naik fail Excel/CSV sedia ada. Semak pratonton, kemudian import ratusan staf sekali gus.
Pautkan kad
Kami bekalkan kad NFC berlogo syarikat. Setiap kad dipautkan kepada seorang staf dari panel.
Tap atau imbas
Klien tap kad pada telefon atau imbas QR — profil terbuka tanpa aplikasi, terus boleh simpan kenalan.
Direka untuk orang yang menguruskan ratusan staf.
HR kawal maklumat rasmi, staf urus butiran sendiri, pasukan jualan dapat lead.
Kad hilang? Matikan dalam 5 saat
Setiap kad ada pautan sendiri. Batalkan satu kad tanpa menjejaskan profil staf atau kad lain — staf juga boleh lapor sendiri dari portal.
Lead terus masuk
Pelawat kongsi kenalan dari profil staf. Staf dimaklumkan melalui e-mel; HR nampak semua lead dalam panel.
Portal Staf
Staf log masuk dengan pautan e-mel, kemas kini foto & media sosial, dapatkan QR dan e-mel signature.
Bahasa Melayu & English
Penerima boleh tukar bahasa profil — sesuai untuk klien tempatan dan antarabangsa.
QR untuk semua saluran
E-mel signature, slaid, kaunter, dan belakang kad fizikal.
Analitik setiap staf & jabatan
Paparan, tap, simpanan kenalan dan lead — tahu siapa yang paling aktif bertemu klien.
HR tentukan medan yang dikunci
Nama, jawatan dan jabatan dikawal HR. Medan lain boleh dibuka untuk staf kemas kini sendiri.
Data staf anda dilayan seperti data kami sendiri.
Data setiap syarikat diasingkan sepenuhnya, setiap perubahan direkod, dan Owner/Admin boleh mengaktifkan pengesahan 2 langkah.
Baca amalan keselamatan kamiHarga ikut bilangan staf. Tiada yuran persediaan.
Semua pelan bermula dengan percubaan percuma 14 hari. Bayar bulanan atau tahunan.
Untuk 10 syarikat pertama yang melanggan. Harga dikunci selagi langganan aktif.
Starter
PKS & firma perunding
RM4.80 dengan harga Founding
- Minimum 10 staf
- Profil berjenama, vCard & QR
- Pengurusan kad & kad hilang
- Portal Staf & lead
- Import CSV & jemputan admin
Business
Syarikat dengan 100 staf atau lebih
RM3 dengan harga Founding
- Minimum 100 staf
- Semua dalam Starter
- Sokongan keutamaan
- Bantuan onboarding & import
Enterprise
500+ staf, GLC & kumpulan syarikat
Sebut harga berdasarkan skop
- Pasang di server syarikat (on-prem)
- Log masuk SSO Microsoft / Google
- Integrasi sistem HR
- Sokongan VAPT & keperluan IT
Kad NFC PVC bercetak logo syarikat: RM29 sekeping (bayaran sekali). Boleh juga guna QR sahaja tanpa kad fizikal.
Sebelum anda bermula
Adakah penerima perlu pasang aplikasi?
Tidak. Telefon moden (iPhone XS ke atas dan kebanyakan Android) membaca kad NFC terus. Telefon tanpa NFC boleh imbas QR di belakang kad menggunakan kamera.
Apa berlaku bila staf berhenti kerja?
HR nyahaktifkan staf dalam panel. Sesiapa yang tap kad lama akan dibawa ke laman web syarikat, bukan kepada nombor peribadi bekas staf. Kad boleh diguna semula untuk staf baharu.
Bagaimana jika kad hilang?
Klik "Lapor hilang" — oleh HR atau staf sendiri di Portal Staf. Pautan kad itu terus berhenti berfungsi, dan kad pengganti dengan pautan baharu boleh dikeluarkan. Profil staf tidak terjejas.
Boleh staf kemas kini profil sendiri?
Boleh, melalui Portal Staf dengan pautan log masuk e-mel. HR menentukan medan mana yang dikunci — contohnya nama dan jawatan kekal dikawal HR, manakala foto dan media sosial dibuka untuk staf.
Boleh guna kad akses pejabat sedia ada?
Kad akses pintu biasanya menggunakan cip yang berbeza dan tidak boleh dibaca oleh telefon. Kami cadangkan kad NFC berasingan atau pelekat NFC pada pas kerja.
Apa berlaku selepas percubaan 14 hari tamat?
Profil awam staf terus berfungsi. Panel admin menjadi baca sahaja sehingga langganan diaktifkan — tiada data dipadam.
Cuba dengan pasukan anda minggu ini.
Daftar dalam 2 minit, import staf, dan kongsi profil pertama hari ini.